Sorting by

×

LEBIH 100 KENDERAAN ELEKTRIK BERDAFTAR DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KLEBANG 14 Oktober – Perkembangan kenderaan elektrik atau EV di Malaysia semakin memberangsangkan apabila ia mula menjadi pilihan orang ramai masa kini.

Ia selepas rekod menunjukkan hampir 50,000 unit EV telah berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia setakat ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, di Melaka juga tidak terkecuali apabila lebih 100 kenderaan elektrik telah didaftarkan dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat.

Jelas Ketua Menteri, galakan penggunaan kenderaan elektrik dilihat amat signifikan bagi menyokong usaha menggalakkan amalan mobiliti rendah karbon dalam kalangan rakyat Malaysia sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI menuju negara neutral karbon menjelang 2050.

“Saya yakin, usaha ini bertepatan dengan misi kerajaan negeri untuk menjadikan negeri Melaka sebagai sebuah negeri lestari menjelang tahun 2035 sejajar dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035).

“Secara keseluruhan, pelaburan dalam penghasilan kenderaan elektrik dilihat sebagai langkah strategik untuk persediAn menghadapi cabaran alam sekitar, merangsang pertumbuhan ekonomi dan penyelesaian yang lestari serta inovatif untuk masa hadapan dalam sektor pengangkutan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika berucap Majlis Perasmian Motosikal Elektrik (EV) Lytron Malaysia di Encore Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin dan lain-lain kenamaan.

Menurut Ab Rauf, fasiliti automotif terbaharu negara itu diyakini bakal membawa banyak manfaat kepada ekonomi tempatan Negeri Melaka dan rakyat Melaka secara keseluruhannya.

Ia termasuklah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

406
Kongsi :
Previous post MELAKA MILIKI KILANG PEMASANGAN MOTOSIKAL ELEKTRIK PERTAMA NEGARA
Next post RANGKA PENYELESAIAN JANGKA PENDEK DAN PANJANG ATASI BANJIR
Ubah saiz-+=