5,000 BERSELAWAT DI SERI BENDAHARA

Masa Membaca:51 Saat

SERI BENDAHARA 13 Oktober – Lebih 5,000 umat Islam menghadiri Majlis Berselawat Seri Bendahara Tahun 2024 Malam Cinta Rasul yang diadakan di Dataran Seri Bendahara di sini malam tadi.

Majlis berselawat yang diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu menampilkan penceramah Datuk Badli Shah, Dr. Habib Musthofa dan Ustaz Muhammad Hatta.

Img 20241013 221115 625
SEBAHAGIAN umat Islam yang hadir pada Majlis Berselawat Seri Bendahara Tahun 2024 ‘Malam Cinta Rasul’ di Dataran Seri Bendahara, Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka, Seri Bendahara Ayer Keroh.
Foto Iqmal Haqim Rosman

Majlis ilmu dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW itu turut dihadiri kumpulan qasidah Ahbabul Syam dan Hadroh Anwarut Thoyyba.

Meskipun majlis dijadualkan bermula pada jam 6 petang, perkarangan Seri Bendahara mula dibanjiri umat Islam seawal jam 4 petang lagi.

Lebih menarik, jemputan yang hadir sempat menunaikan Maghrib berjemaah sebelum berarak dari hadapan kediaman Ketua Menteri sehingga ke pentas utama majlis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

174
Kongsi :
Previous post AB RAUF SANTUNI PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN
Next post BUKTI KETULUSAN CINTA KEPADA RASULULLAH SAW
Ubah saiz-+=