TAMAN PUNCAK KASIH TAWAR 127 UNIT KEDIAMAN

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

MERLIMAU 14 Oktober – Taman Puncak Kasih Merlimau Pasir menawarkan 127 unit rumah berstatus Tanah Adat Melaka (MCL) yang mana hanya untuk Bumiputera sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau difahamkan 26 unit rumah teres mampu milik dan 27 unit rumah teres kos sederhana telah habis dijual dengan majoriti pembelian adalah warga Merlimau.

Img 20241013 192956 939
SEBANYAK 127 unit rumah dibina pada fasa pertama Taman Puncak Kasih Merlimau Pasir.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pihak pemaju, Bukit Kenyalang Development Sdn Bhd kerana amat prihatin dengan keadaan semasa.

“Malah, pihak pemaju memberikan komitmen tinggi kerana menyediakan rumah mampu milik dan rumah kos sederhana agar semua lapisan masyarakat dapat memiliki rumah sendiri,” katanya.

Teks ucapan Dr. Muhamad Akmal telah disampaikan oleh wakilnya, Penghulu Merlimau, Datuk Jezlee Pit dalam Majlis Perasmian Taman Puncak Kasih Merlimau Pasir, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Bukit Kenyalang Development Sdn Bhd, Rex Poh Thian Wei dan Roland Heng Aik Leong.

Img 20241013 193130 273
JEZLE (tengah) ketika dibawa melawat sekitar kawasan rumah contoh di Taman Puncak Kasih Merlimau Pasir.

Selain rumah teres mampu milik dan rumah teres kos sederhana, pihak pemaju turut membina rumah teres setingkat dan rumah berkembar setingkat.

“Pihak pemaju turut bangunkan dua lagi jenis rumah dan yang paling penting, pihak pemaju amat menjaga kualiti pembinaan, ini amat wajar dipuji,” jelasnya.

Untuk rumah teres kos sederhana setingkat (20′ x 65′) dijual dengan harga bermula RM99,800 hingga RM136,000 manakala rumah teres mampu milik setingkat (20′ x 70′) dijual dengan harga RM179,800 hingga RM247,000.

Img 20241013 193223 159
RUMAH teres setingkat (22′ x 70′) antara yang turut dibina dalam fasa pertama.

Bagi rumah teres setingkat (22′ x 70′) dijual dengan harga RM280,800 hingga RM374,700, manakala rumah berkembar setingkat (40′ x 80′) dijual dengan harga RM417,800 hingga RM474,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

79
Kongsi :
Previous post DEUTSCHER BRAND SUMMIT 2024 BUKA TIRAI
Next post FESTIVAL SENI SELAT MELAKA DAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA SERIKAN ICAF 2024
Ubah saiz-+=