HOME’S HARMONY TAWAR KELENGKAPAN RUMAH SERENDAH RM3.90

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

KLEBANG 12 Oktober – Home’s Harmony cawangan Melaka wajar menjadi pilihan orang ramai yang membeli kelengkapan rumah berkualiti pada harga mampu milik.

Outlet yang terletak di Tarcor Park, Persiaran Pantai Pekan Klebang, itu menawarkan pelbagai barangan serendah RM3.90, selain diskaun sehingga 70 peratus untuk pelanggannya bermula hari ini, bersempena pembukaannya secara rasmi.

Img 20241012 Wa0040
PERKAKAS dapur turut dijual di sini.

Pengurus Home’s Harmony, Sean Lok berkata, Melaka menjadi cawangan pertama yang menampilkan outlet berkonsepkan ‘route side shop’ memandangkan negeri ini terkenal sebagai permata pelancongan negara.

Jelasnya, konsep itu amat bertepatan dalam misi menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara untuk melancong sambil membeli-belah.

Img 20241012 Wa0049
HOME’S Harmony Cawangan Melaka di Tarcor Park, Persiaran Pantai Pekan Klebang.

“Home’s Harmony memang terkenal dengan pelbagai barangan kelengkapan rumah seperti tuala dan cadar yang menarik, di mana untuk pembukaan di Melaka, kita menawarkan promosi sehingga 70 peratus, selain harga serendah RM3.90 bagi barangan tertentu.

“Kami memilih Melaka kerana negeri ini mempunyai potensi besar untuk menarik lebih ramai pelancong dan pada masa sama orang Melaka juga sangat teruja menyambut kehadiran kami di sini.

Img 20241012 Wa0042
TUALA mandi antara paling mendapat sambutan.

“Saya percaya orang ramai, terutamanya mereka yang sudah berkeluarga akan tertarik dengan pelbagai barangan kelengkapan rumah yang terdapat di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Sean, sempena pembukaan di Melaka juga, Home’s Harmony akan membuat promosi berlainan pada setiap minggu bagi menarik pelanggan.

B72c6601bac142368cf74a42c8364f96
RAK dan bekas makanan bertutup yang dijual di Home’s Harmony Tarcor Park.

“Promosi ini dijalankan pada setiap minggu, di mana kita menawarkan barangan dan promosi harga yang berlainan untuk warga Melaka.

“Jadi kami mengalu-alukan orang ramai khususnya warga Melaka untuk datang ke kedai ini yang sudah dibuka secara rasmi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

434
Kongsi :
Previous post BERSAMA BANTU PENDIDIKAN ANAK AUTISME
Next post LAST SURVIVOR PANDEMIC JUNIOR ‘RAJA PUBG’ PIALA KETUA MENTERI MELAKA
Ubah saiz-+=