LAST SURVIVOR PANDEMIC JUNIOR ‘RAJA PUBG’ PIALA KETUA MENTERI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDARAYA MELAKA 12 Oktober – Pasukan Last Survivor Pandemic Junior layak digelar ‘Raja PUBG’ apabila berjaya menjulang Piala Ketua Menteri Melaka, hari ini.

Kejayaan itu diraih dalam Kejohanan e-Sukan Piala Ketua Menteri X Jelajah Saya Digital @ Melaka yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di Jalan Persiaran Bunga Raya, di sini.

Pada perlawanan yang berlangsung dalam enam ‘maps’ itu, Last Survivor Pandemic Junior berjaya mengumpul keseluruhan 89 mata, sekali gus mengetepikan cabaran lebih 30 pasukan lain untuk bergelar juara.

Selaku johan, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, medal berserta Piala Ketua Menteri Melaka.

Naib juara pula menjadi milik pasukan STE EMZEE yang mengumpul 60 mata dan meraih hadiah kemenangan RM1,500 berserta medal.

Manakala tempat ketiga dan keempat disandang H8 Mega Esport dan Walazi dengan masing-masing memenangi RM1,000 dan RM500.

Hadiah kepada pemenang kategori PUBG disampaikan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA) Hamka Mohd Ali

Esok, kejohanan itu akan diteruskan bagi mencari johan Piala Ketua Menteri Melaka dalam kategori Mobile Legends Bang Bang (MLBB) membabitkan lebih 100 peserta.

Dianggarkan lebih 300 anak muda menyertai kejohanan tahunan anjuran MEA itu dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

80
Kongsi :
Previous post HOME’S HARMONY TAWAR KELENGKAPAN RUMAH SERENDAH RM3.90
Next post MBMB KESAN PEMILIK BANGUNAN RUNTUH
Ubah saiz-+=