BERSAMA BANTU PENDIDIKAN ANAK AUTISME

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

DUYONG 12 Oktober – Ibu bapa dan penjaga anak-anak istimewa (autisme) disaran lebih aktif menyalurkan sumbangan dalam membantu kelangsungan pendidikan khas anak-anak itu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, sumbangan itu bukan sahaja dalam bentuk kewangan, malah keperluan pembelajaran dan pengajaran, idea serta pembahagian masa.

“Saya turut menyeru kepada pelbagai pihak atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bersama membantu Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Melaka.

“Ini bagi menambah lagi dana supaya semua aktiviti dapat dijalankan dan diteruskan, demi kelangsungan pendidikan dan pemulihan anak-anak autisme ini.

“Sumbangan orang ramai dan badan-badan korporat amat juga diperlukan bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Autism Walkathon 2024 di Taman Bandaran Bukit Serindit, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Dalam pada itu Kalsom turut berterima kasih kepada NASOM Melaka dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Melaka yang bekerjasama menjayakan kutipan amal dan program itu.

“Sumbangan semua amatlah bermakna bagi golongan autisme di Negeri Melaka mendapatkan pendidikan sewajarnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

247
Kongsi :
Previous post WUJUDKAN KEJIRANAN BERSIH DAN KONDUSIF
Next post HOME’S HARMONY TAWAR KELENGKAPAN RUMAH SERENDAH RM3.90
Ubah saiz-+=