TRANSFORMASI 663 KAMPUNG DIGITAL MELAKA SELESAI HUJUNG TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BANDA HILIR 11 Oktober – Proses transformasi 663 kampung tradisional di negeri ini dijangka selesai hujung tahun ini.

Ketua ICT Negeri (Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi), Fauzi Elham@Alhim berkata, Melaka merupakan negeri perintis inisiatif Kampung Digital itu yang bertujuan memodenkan alamat kampung ke arah lebih sistematik dan teratur.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 10 buah kampung tradisional membabitkan tiga daerah dalam negeri ini telah selesai ditransformasikan dan dibekalkan dengan alamat baharu serta kod QR yang memudahkan urusan menjejak lokasi dan membantu sistem penghantaran.

“Bagi menyelaraskan Kampung Digital ini, ia memerlukan enam rangka kerja untuk disiapkan membabitkan penentuan lot tanah untuk dimasukkan di dalam sistem, penomboran dan lain-lain, di mana keseluruhan proses ini dijangka akan disiapkan pada hujung tahun ini.

“Jadi, selepas ini setiap rumah di kampung-kampung terlibat akan mempunyai alamat yang teratur dilengkapi dengan alamat yang khusus seperti kedudukan longitud dan magnitud, di samping kod QR di setiap rumah.

“Sistem ini mempunyai satu standard yang mematuhi Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), sekali gus akan membawa perubahan kepada kampung yang dahulunya masih menggunakan alamat perbatuan atau berkongsi alamat dengan kedai-kedai sejak zaman peninggalan penjajah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Perasmian Smart Melaka International Conference and Exhibition 2024 (SMIX 2024) di sebuah hotel, di sini, semalam.

Whatsapp Image 2024 10 11 At 3.14.34 Pm
FAUZI

Dalam pada itu, beliau menyatakan keyakinan bahawa Kampung Digital Melaka akan menjadi contoh di negara ini dalam memastikan setiap alamat kampung diselaraskan dengan lebih sistematik.

“Alhamdulillah, setakat ini pelaksanaan di 10 buah kampung di Melaka menerima respon positif dalam kalangan penduduk kerana mereka kini mempunyai satu alamat bahaeu yang dapat memudahkan proses penghantaran atau pengeposan di rumah-rumah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

172
Kongsi :
Previous post AKTA 852: JKN MELAKA ‘TERJAH’ 1,638 PREMIS
Next post UTEM TERIMA 3,498 PELAJAR BAHARU, TERTINGGI SEJAK PENUBUHAN
Ubah saiz-+=