AKTA 852: JKN MELAKA ‘TERJAH’ 1,638 PREMIS

Masa Membaca:56 Saat

BUKIT BARU 12 Oktober – Sebanyak 1,638 premis diperiksa di bawah pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dalam tempoh 1 hingga 11 Oktober tahun ini.

Pemeriksaan itu dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menerusi Operasi Bersepadu Penguatkuasaan akta berkenaan di seluruh Negeri Melaka.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem bagaimanapun berkata, tiada kesalahan dikesan menerusi 42 operasi membabitkan seramai 58 penguatkuasa JKN.

“Setakat ini kita hanya memberi amaran berbentuk literasi, pencerahan dan penjelasan.

“Namun, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya mereka masih ingkar melakukan kesalahan sama berkuatkuasa pada 1 April 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan operasi bersepadu di sekitar Bukit Baru, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata menerusi operasi itu juga, enam kesalahan merokok di tempat makan atau dalam premis makanan telah diambil tindakan mengikut Seksyen 16 (2).

“Selain itu, satu kesalahan di bawah Seksyen 17(1) iaitu merokok bagi orang belum dewasa mengikut peraturan sedia ada yang dikuatkuasakan sebelum ini turut dikesan dan diambil tindakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

991
Kongsi :
Previous post KEDAI POPIA POPULAR DIARAH TUTUP
Next post TRANSFORMASI 663 KAMPUNG DIGITAL MELAKA SELESAI HUJUNG TAHUN INI
Ubah saiz-+=