SWASTA DIPELAWA ANJUR LEBIH BANYAK PROGRAM E-SUKAN

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

BANDA HILIR, 11 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan mana-mana badan swasta untuk menganjurkan program melibatkan sukan elektronik (e-sukan) di negeri ini bagi menarik lebih ramai pemain serta penggemar e-sukan untuk ke Melaka.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata ia selari dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri; Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu bidang e-sukan negara terus diperkasakan memandangkan industri tersebut kian berkembang pesat.

“Jabatan Beliau Dan Sukan Negeri Melaka akan terus beri sokongan terhadap sekarang penganjuran kejohanan atau program e-sukan, tetapi jika tanpa penglibatan syarikat swasta, agak sukar untuk realisasikan hasrat tersebut.

“Justeru, Kerajaan Negeri galakkan penglibatan lebih banyak syarikat swasta untuk bersama-sama anjurkan program e-sukan demi kelangsungan ekonomi dan pembangunan bidang e-sukan amnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat e-Sports Hatten, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Hatten Group; Datuk Eric Tan Eng Huat, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Culture; Nurul Hakimi Fazlul Haque dan Pengerusi Persatuan Sukan Elektronik Melaka; Mohd Hamka Mohd Ali.

Whatsapp Image 2024 10 11 At 4.03.42 Pm
RAIS mencuba permainan e-sukan.

Beliau juga mahu Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka supaya menggunakan segala peluang yang ada dalam memastikan sebarang program pembangunan e-sukan dapat dilaksanakan di negeri ini samada bertaraf tempatan atau antarabangsa.

“Justeru saya menyarankan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka supaya mengambil peluang dengan melaksanakan lebih banyak aktiviti serta pertandingan di negeri ini dan menggalakkan pemain bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga di seluruh dunia untuk datang ke Melaka, sekali gus memeriahkan lagi sektor pelancongan sukan di negeri ini,” tambahnya.

Sebelum ini, pada 5 Oktober lepas, Dr. Ahmad Zahid dilaporkan berkata, perkembangan e-Sukan di negara ini semakin pesat yang tidak lagi dianggap sebagai hiburan serta permainan masa lapang dan ia dibuktikan dengan kejayaan pasukan negara yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai lebih RM4 juta dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

69
Kongsi :
Previous post MPJ DIIKTIRAT PBT CEMERLANG PADA SHKPS
Next post IBU TUNGGAL BEBAS TUDUHAN BUNUH ANAK ENAM TAHUN
Ubah saiz-+=