WUJUDKAN KEJIRANAN BERSIH DAN KONDUSIF

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

JASIN 12 Oktober – Program Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Bersama Komuniti @Rim diharap mampu meningkatkan lagi kesedaran komuniti berhubung kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar dalam usaha untuk mewujudkan suasana kejiranan yang bersih serta kondusif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, program sama bertujuan memupuk pendidik di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuk mengeluarkan peluh dengan menyertai aktiviti gotong-royong dianjurkan.

Whatsapp Image 2024 10 11 At 3.58.15 Pm
KHAIDHIRAH dan Shaiful Hizam bergambar selepas merasmikan Program MPJ Bersama Komuniti @Rim di Taman Kelubi Damai.

Khaidhirah yang juga Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri berkata, aktiviti seumpama itu juga dapat memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan komuniti.

“Lebih 250 penduduk menghadiri program ini yang penuh dengan pengisian antaranya gotong-royong bersama komuniti; sesi penanaman pokok; senamrobik; jualan Agro MADANI; pameran agensi dan cabutan bertuah.

“Semua pengisian telah disusun dan melibatkan komuniti setempat. Malah aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, sekali gus mencegah kes deman denggi yang dilaporkan semakin meningkat pada ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Perasmian Program MPJ Bersama Komuniti @Rim Tahun 2024 di Taman Kelubi Damai di sini, pada Rabu.

Whatsapp Image 2024 10 11 At 4.00.06 Pm

JUALAN Agro MADANI turut diadakan pada setiap kali penganjuran Program MPJ Bersama Komuniti.

Hadir sama, Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan; Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari serta kenamaan lain.

Untuk rekod, Program MPJ Bersama Komuniti @Rim adalah lokasi ketiga di mana penganjuran program tersebut merupakan program di bawah Program Local Agenda 21 (LA 21) yang peruntukannya telah diluluskan oleh KPKT.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

98
Kongsi :
Previous post MELAKA MENUJU NEGERI DIGITAL, BERTEKNOLOGI TINGGI
Next post BERSAMA BANTU PENDIDIKAN ANAK AUTISME
Ubah saiz-+=