MPJ DIIKTIRAT PBT CEMERLANG PADA SHKPS

Masa Membaca:49 Saat

JASIN 11 Oktober – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima pengiktirafan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang Kempen Tandas Awam PBT ‘Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).

Kejayaan yang dirangkul MPJ itu adalah menerusi Tandas Awam Medan Selera Kota Budaya, Sungai Rambai.

MPJ yang diwakili Setiausahanya, Zahiruddin Mohd Zahari, telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabun pada Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) 2024.

Anugerah tersebut telah disampaikan di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi pada sambutan berkenaan yang bertemakan ‘Persekitaran Lestari Pemacu Malaysia MADANI.

Sambutan itu merupakan antara acara tahun sejak 2012, bertujuan untuk mempromosi peranan dan sumbangan KPKT menerusi PBT dalam penjagaan kebersihan, kesihatan persekitaran khasnya dalam penjagaan aspek pencegahan penyakit serta memelihara kesejahteraan komuniti.

SHKPS 2024 turut memberi pengiktirafan kepada PBT yang cemerlang dalam pelaksanaan kempen-kempen kesihatan persekitaran anjuran KPKT bagi tahun 2024 dan Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih di kawasan PBT tahun 2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

333
Kongsi :
Previous post SURI RUMAH RUGI LEBIH RM100,000 TERPEDAYA SINDIKET PENIPUAN
Next post SWASTA DIPELAWA ANJUR LEBIH BANYAK PROGRAM E-SUKAN
Ubah saiz-+=