SURI RUMAH RUGI LEBIH RM100,000 TERPEDAYA SINDIKET PENIPUAN
KUANTAN 11 Oktober – Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM103,517.59 selepas terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pengawai insurans dan pegawai polis.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 54 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek pada 15 Sept lepas yang memaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam permohonan tuntutan insurans palsu.
Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seseorang yang mengaku sebagai ‘pegawai polis’, yang memberitahu mangsa bahawa waran tangkap akan dikeluarkan ke atasnya kerana terlibat dengan rasuah dan penggubahan wang haram.
“Mangsa diarahkan untuk menukar kad ATM baharu dan menyerahkan maklumat perbankan, serta memindahkan wang simpanan dari akaun ASB dan Tabung Haji ke akaun yang diberikan.
“Pada 10 Okt, setelah membuat semakan di bank, mangsa mendapati wang dalam akaunya telah lesap, menyebabkan kerugian sebanyak RM103,517.59, dan segera membuat laporan di balai polis Raub,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JOM DATANG ‘MACHAP WALK’ SETIAP HUJUNG MINGGU
ALOR GAJAH 25 November - Machap Walk kembali beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad bagi memberi peluang kepada orang ramai...
PROJEK INOVASI MPJ MUDAHKAN OKU, KERJA TURAPAN JALAN
JASIN 25 November - Dua produk inovasi iaitu 'Stair Ramp Blend' (SRB 24) dan 'Accumix Scales' dihasilkan Majlis Perbandaran Jasin...
PERMOHONAN ANJUR BAZAR RAMADAN DITUTUP 15 DISEMBER DEPAN
PAYA RUMPUT 24 November - Permohonan menganjurkan bazar Ramadan tahun 2025 di kesemua empat Pihak Berkuasa tempatan (PBT) akan ditutup...
KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERAS KETEGUHAN KERAJAAN PERPADUAN DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 November - Kepercayaan dan keyakinan rakyat menjadi teras utama Kerajaan Perpaduan bertahan di Melaka selama dua tahun....
KOLAM TAKUNGAN AIR DI BUKIT RAMBAI BAKAL DIBINA, ATASI BANJIR 25 TAHUN
PAYA RUMPUT 24 November - Sebuah kolam takungan air dicadangkan dibina di Bukit Rambai, sebagai usaha jangka masa pendek mengatasi...
KPKM SEDANG SUSUN JAWATANKUASA KHAS TANGANI KEKURANGAN BERAS PUTIH TEMPATAN
SHAH ALAM 24 November - Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan...