HARI PERTAMA SMIX 2024 MERIAH

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 10 Oktober – Smart Melaka International Conference and Exhibition 2024 (SMIX 2024) hari pertama berlangsung meriah apabila disertai kira-kira 150 peserta.

Selain penyertaan daripada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, turut bersama pada persidangan tersebut adalah wakil pemain industri tempatan antaranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Persidangan bertemakan ‘Better Cities: Global Mindset With Local Adaptability’ membuka tirai kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MITCH) Dr. Nazdiana Ab Wahab.

Sebanyak lima sesi perbincangan diadakan pada hari pertama ini yang memfokuskan kepada bandar pintar serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang disampaikan oleh ahli panel dari luar negara dan tempatan.

6071183564684247525
SEKITAR sesi perbincangan pada hari pertama SMIX 2024. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Sepanjang dua hari berlangsungnya SMIX 2024, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) turut membuka reruai masing-masing bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang disediakan.

Selain itu, Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka juga turut mengambil bahagian dengan menjual barangan cenderamata sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Berakhir esok, SMIX 2024 akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

128
Kongsi :
Previous post GALAK LEBIH RAMAI PEMAJU BINA CLQ
Next post PERSIMPANGAN BAHARU PAYA LEBAR-KAMPUNG PULAU DIBINA TAHUN DEPAN
Ubah saiz-+=