Sorting by

×

SMIX 2024 PLATFORM ADAPTASI BANDAR PINTAR MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BANDA HILIR 10 Oktober – Penganjuran Smart Melaka International Conference and Exhibition 2024 (SMIX 2024) yang membuka tirainya hari ini menyaksikan sebanyak lima sesi topik persidangan disampaikan oleh speaker tempatan dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) Dr. Nazdiana Ab Wahab berkata, untuk hari pertama, SMIX 2024 berjaya menarik 150 peserta yang terdiri daripada wakil agensi Kerajaan Negeri serta pemain industri tempatan.

Jelasnya, pengisian persidangan di SMIX 2024 akan beri manfaat penting kepada para peserta, terutamanya libatkan adaptasi Bandar Pintar atau ‘Smart City’ Negeri Melaka.

“Alhamdulillah SMIX 2024 memulakan sesi persidangan pagi tadi, yang mana libatkan dua sesi disampaikan oleh speaker dari Amerika Syarikat dan Jerman. Kedua-dua sesi tersebut menekankan mengenai Smart Governance and New Economy Models in the Digital Age dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Kemudian ia diteruskan dengan tiga sesi menjadikan keseluruhan lima sesi untuk hari pertama SMIX 2024.

“Saya berharap semua agensi Kerajaan Negeri dan peserta terdiri daripada pemain industri tempatan, dapat memanfaatkan peluang ini dari segi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh speaker yang kami bawakan khas dalam persidangan ini,” katanya.

Whatsapp Image 2024 10 10 At 15.35.12
DR. Nazdiana

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada hari pertama SMIX 2024 yang diadakan di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai persiapan majlis perasmian SMIX 2024 yang akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh esok, Dr. Nazdiana memaklumkan pihaknya sudah melakukan persiapan rapi dalam menjayakan penganjuran kali ini.

Bertemakan ‘Better Cities : Global Mindset with Local Adaptability’, SMIX 2024 menampilkan 21 panel speaker dari dalam serta luar negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

200
Kongsi :
Previous post POTENSI PENERBANGAN MELAKA-KUCHING
Next post BANTUAN ONE-OFF KE IPT TAPEM MASIH DIBUKA
Ubah saiz-+=