POTENSI PENERBANGAN MELAKA-KUCHING

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 10 Oktober – Penerbangan terus antara Melaka dan Kuching, Sarawak boleh diwujudkan jika jalinan kerjasama untuk mengembangkan lagi sektor pelancongan bagi kedua-dua negeri diperkasakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group Sdn Bhd (SMG), Kushairi Abang berkata, jika sektor pelancongan kedua-dua negeri berkembang sudah pasti akan ada peningkatan permintaan bagi perkhidmatan udara antara Melaka dan Sarawak.

Katanya, berikutan itu syarikat media seperti SMG akan memainkan peranan untuk mempromosikan Melaka dan Sarawak yang memiliki banyak persamaan dalam aspek budaya serta warisan.

“Jadi apabila sektor ini berkembang, sudah pasti akan ada permintaan untuk perkhidmatan udara antara Melaka dan Sarawak. Contoh, penerbangan dari Kuching, Sarawak ke semenanjung hanya melibatkan Kuala Lumpur dan Johor (Senai) sahaja setakat ini.

“Jadi apabila Negeri Melaka dipromosikan ia boleh membawa kepada perubahan baharu supaya sistem penerbangan udara antara kedua negeri boleh diwujudkan.

“Mempromosikan sejarah, warisan dan budaya Melaka perlu diteruskan dalam platform media kerana ia mempunyai potensi dan akan membawa impak positif kepada sektor-sektor lain seperti pengangkutan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengetuai sesi pembentangan dan ramah mesra dalam program TVS Spotlight diadakan di Auditorium Nexus@Bangsar South, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi SWG, Datuk Norhayati Mohd Ismail.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

937
Kongsi :
Previous post 2023 REKOD PENDAFTARAN KENDERAAN TERTINGGI DALAM SEJARAH
Next post SMIX 2024 PLATFORM ADAPTASI BANDAR PINTAR MELAKA
Ubah saiz-+=