2023 REKOD PENDAFTARAN KENDERAAN TERTINGGI DALAM SEJARAH

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 10 Oktober – Sebanyak 799,000 kenderaan baharu didaftarkan sepanjang tahun lalu menjadikan jumlah itu rekod tertinggi dalam sejarah pendaftaran kenderaan di negara ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, daripada peningkatan tersebut, jumlah kematian akibat nahas jalan raya juga menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.

Menurutnya, berdasarkan data diterima, lebih 6,000 kematian akibat nahas direkodkan setiap tahun dan penunggang motosikal menunjukkan peratusan tertinggi kemalangan iaitu hampir 70 peratus.

“Berdasarkan data tersebut (kematian setiap tahun), secara putara bagi setiap 80 minit akan terdapat satu nyawa terkorban akibat nahas jalan raya.

“Justeru, pelbagai inisiatif utama yang mampu mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian secara signifikan dalam masa singkat iaitu dengan meningkatkan keupayaan melahirkan bilangan pemandu yang lebih kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Seminar Tadbir Urus Institut Memandu Malaysia 2024 Integriti Latihan Pemanduan Pemacu Keselamatan Jalan Raya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli; Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Dr. Azmi Awang dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka, Muhammad Firdaus Shariff.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan statistik JPJ, sehingga kini terdapat lebih 14 juta pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) terkumpul aktif di seluruh negara.

“Bagi tahun 2023, terdapat 309,284 LMM Kelas B2 dan 335,827 LMM Kelas D telah dikeluarkan kepada pemohon.

“Ini bermakna terdapat lebih 600,000 calon diberikan latihan oleh 245 Institut Memandu (IM) setiap tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

90
Kongsi :
Previous post WANITA DISYAKI LANGGAR PELAJAR UiTM DIREMAN EMPAT HARI
Next post POTENSI PENERBANGAN MELAKA-KUCHING
Ubah saiz-+=