KHAIRUL AZREEM, DILANTIK PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI MELAKA

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 9 Oktober – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyaksikan upacara angkat sumpah Khairul Azreem Mamat, sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka yang baharu pada sesi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berlangsung di Bilik Mesyuarat MMKN, hari ini.

Pelantikan Khairul Azreem berkuat kuasa 1 Oktober lalu adalah bagi menggantikan Datuk Abd Aziz Engan yang bertukar ke Kerajaan Negeri Johor.

Sesi angkat sumpah berkenaan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta barisan ahli MMKN Kerajaan Negeri.

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Ketua Menteri yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan selamat berkhidmat dan menabur khidmat bakti buat rakyat dan Negeri Melaka kepada Khairul Azreem.

Berusia 51 tahun, Khairul Azreem merupakan anak kelahiran Negeri Kelantan yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai empat cahaya mata.

Beliau sebelum ini berkhidmat di Unit Kontrak dan Teknologi Maklumat Bahagian Penasihat Jabatan Peguam Negara sebagai Ketua Unit (Peguam Kanan Persekutuan) bermula pada 15 Ogos 2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

61
Kongsi :
Previous post PROTON IRIZ ‘ANGKUT’ TANDAN KELAPA SAWIT CURI RENTUNG
Next post HARGA RUNCIT RON97, RON95 DAN DIESEL KEKAL
Ubah saiz-+=