800 MERIAHKAN MALAM CINTA RASUL

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

KESIDANG 9 Oktober – Kira-kira 800 umat Islan membanjiri Kompleks Darul Huda, Balai Islam, di sini, malam tadi, bagi bersama-sama memeriahkan Majlis Malam Cinta Rasul, Mualaf Berselawat Negeri Melaka Tahun 2024M/1446H.

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Rahmad Mariman berkata, majlis anjuran Balai Islam bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) itu antara pengisian bagi memeriah sambutan Maulidur Rasul.

“Sasaran awal kita cuma seramai 500 orang sahaja, tetapi alhamdulillah lebih 800 orang hadir dan ini termasuk 300 orang saudara kita dalam kalangan mualaf.

“Majlis ilmu seumpama ini bukan sahaja untuk dimuatkan dalam kalendar aktiviti tahunan, sebaliknya mengajak mualaf memahami dan menghayati erti sambutan Maulidur Rasul selain memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita semua kasihi,” katanya.

6066667054385184890
EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman hadir pada Majlis Malam Cinta Rasul Mualaf Berselawat Negeri Melaka bagi Tahun 2024M/1446H Bersama Majlis Maulid Arba’in Melaka di Kompleks Darul Huda Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Taman Kesidang Seksyen 2. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sambutan Majlis Malam Cinta Rasul yang turut dihadiri Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Badaruddin Mohd Kassim.

Rahmad yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, saban tahun penganjuran Majlis Malam Cinta Rasul mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan mualaf tetapi juga penduduk setempat.

“Berdasarkan sambutan-sambutan yang diterima, Insya-Allah kita akan jadikan ia sebagai program tahunan kerana selain dapat menyantuni mualaf, kita juga dapat menyantuni penduduk setempat.

“Menerusi Balai Islam banyak program yang dilaksana dan dirangka bukan hanya membabitkan mualaf tetapi turut melibatkan penduduk setempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

67
Kongsi :
Previous post ZOO MELAKA MAHU PERKENAL PELBAGAI PROGRAM DAN PAKEJ MENARIK PADA 2025
Next post PENUTUR BAHASA MELAYU SEMAKIN RAMAI
Ubah saiz-+=