Sorting by

×

TAMBAH BILIK DARJAH, ATASI MASALAH KEPADATAN MURID

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 10 Oktober – Usaha untuk menambah jumlah bilik darjah di semua sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal akan dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah kepadatan murid serta pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil berkata, perkara itu berlaku berikutan pembukaan beberapa taman perumahan baharu sekitar DUN berkenaan.

Zahari yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, setakat ini DUN Durian Tunggal mempunyai 18 taman perumahan termasuk beberapa yang memiliki keluasan yang besar.

“Antara yang kita akan beri perhatian sekarang adalah membabitkan hal pendaftaran murid Tahun Satu, kepadatan menyebabkan kadang-kadang berlaku masalah tidak cukup kelas di sekolah.

“Saya berbincang dengan pejabat pendidikan dan ada pihak pemaju sudah berikan tanah (tapak), cuma bajet (peruntukan) untuk membina sekolah kita belum ada. Jadi alternatif kita dalam masa terdekat adalah menambah jumlah bilik darjah di sekolah-sekolah kerana peruntukan sudah ada,” katanya ketika bersiaran dalam Podcast Mana Lagi? Melaka Ler! di Studio Melaka TV, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Zahari berkata, masalah kepadatan menyebabkan sesetengah sekolah terpaksa menempatkan hingga 40 murid dalam satu kelas.

“Jadi kerajaan perlu ambil tindakan segera untuk wujudkan sekolah baharu. Saya sudah bercakap dengan jabatan pendidikan supaya buat kajian awal sebab penduduk semakin lama semakin bertambah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

215
Kongsi :
Previous post HARGA RUNCIT RON97, RON95 DAN DIESEL KEKAL
Next post 10,000 DISASAR MERIAHKAN DEUTSCHER BRAND SUMMIT 2024
Ubah saiz-+=