JADIKAN BUDAYA KERJA ‘ABC’ SEBAGAI AMALAN

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SERI NEGERI 8 Oktober – Penjawat awam seluruh Melaka ditekankan supaya menjadikan amalan kerja ‘ABC’ atau Amanah, Betul dan Cepat sebagai satu budaya, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad.

Mengulas lanjut mengenai budaya ABC, beliau berkata, sesuatu pekerjaan menjadi amat sukar untuk dilaksanakan dengan baik jika tiada nilai amanah, betul dan kesegeraan atau cepat.

“Saya juga ingin menekankan sekali lagi mengenai apa yang telah saya ketengahkan iaitu berkait tentang konsep ‘bekerja dengan ABC.

“Justeru, tiga perkara ‘Amanah, Betul, Cepat’ ini melambangkan keterangkuman kepada kualiti perkhidmatan yang cemerlang,” katanya.

Whatsapp Image 2024 10 08 At 12.45.06 Pm
AZHAR ketika berucap pada sesi libat urus berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bersama Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Auditorium Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh dan Penasihat Undang-Undang Negeri; Khairul Azreem Mamat; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Maslina Baki serta wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Whatsapp Image 2024 10 08 At 12.45.06 Pm (1)
SEBAHAGIAN penjawat awam Negeri Melaka yang hadir pada sesi libat urus tersebut.

Tambahnya lagi nilai taat setia kepada perkhidmatan dan ‘government of the day’ perlu sentiasa dititikberatkan oleh semua penjawat awam.

“Ini bagi memastikan proses penyampaian perkhidmatan dapat berjalan seiring dengan agenda reformasi kerajaan. Saya harap penjawat awam di Negeri Melaka dapat meningkatkan tahap kompetensi masing-masing iaitu penguasaan kita dalam melaksanakan fungsi dan tugas yang ditetapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

113
Kongsi :
Previous post PREMIS KOTOR, LANGGAR SYARAT LESEN BABIT WARGA ASING DIKOMPAUN MBMB
Next post 3,000 DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS BERSELAWAT SERI BENDAHARA
Ubah saiz-+=