PREMIS KOTOR, LANGGAR SYARAT LESEN BABIT WARGA ASING DIKOMPAUN MBMB

Masa Membaca:58 Saat

BANDARAYA MELAKA 8 Oktober – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha premis membabitkan warga asing didapati kotor dan melanggar peraturan ditetapkan.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata pihaknya menerusi Operasi Halangan dan Kebersihan Premis pada hujung minggu lalu telah mengeluarkan dua notis dan sitaan.

Katanya, sebanyak dua Notis Pemberitahuan Kesalahan (Kompaun) atas kesalahan tidak memastikan sampah dibuang dalam tong sampah dan menjual rokok elektronik tanpa kebenaran MBMB telah dikeluarkan kepada premis yang dijaga oleh warga asing.

“MBMB turut membuat sitaan sebuah tong ais yang diletakkan di atas siar kaki sehingga menghalang laluan orang awam.

“Operasi terbabit telah dijalankan di sekitar kawasan Melaka Sentral,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata pihaknya akan lebih kerap dan giat melaksanakan operasi berdasarkan aduan orang awam.

Katanya, Jabatan Penguatkuasaan MBMB turut menasihatkan mana-mana premis perniagaan di bawah pentadbiran MBMB untuk mematuhi syarat lesen agar tidak dikenakan tindakan.

“Premis yang terbabit telah dikenakan tindakan di bawah Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) Seksyen 47(1)(a) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 keatas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

110
Kongsi :
Previous post PRODUK AIR TANGAN BEKAS PENSYARAH ‘LAKU KERAS’
Next post JADIKAN BUDAYA KERJA ‘ABC’ SEBAGAI AMALAN
Ubah saiz-+=