PERTANDINGAN PERAHU NAGA DAN KAYAK, PROMOSI TAMAN REKREASI BAHARU KUALA LINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KUALA LINGGI 8 Oktober – Pertandingan Perahu Naga dan Kayak diadakan di Taman Rekreasi Sukan Air dan Darat Universiti Islam Melaka (UNIMEL) pada 5 dan 6 Oktober lepas menerima penyertaan hampir 80 orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah berkata pertandingan sukan air tersebut diadakan secara santai dan terbuka bagi tujuan mempromosikan taman rekreasi baharu dibuka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Whatsapp Image 2024 10 07 At 3.48.45 Pm
TAMAN Rekreasi Sukan Air dan Darat UNIMEL menjadi lokasi riadah baharu buat masyarakat sekitar DUN Kuala Linggi.

Katanya, pertandingan tersebut dianjurkan bersama UNIMEL dan Japerun Kuala Linggi serta mendapat kerjasama daripada Persatuan Kanu Negeri Melaka selain beberapa pihak lain.

“Penyertaan kita terima untuk dua hari pertandingan itu adalah dalam kalangan penuntut UNIMEL, wakil daripada Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan masyarakat setempat.

“Objektif utama pertandingan ini lebih kepada memperkenalkan taman rekreasi baharu kepada orang ramai yang mana lokasi riadah ini sesuai untuk pelbagai aktiviti air.

“Ramai yang berminat untuk mengambil bahagian, jadi pada masa akan datang kita bercadang untuk anjurkan pertandingan dalam skala lebih besar,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Rosli berkata taman rekreasi itu akan menjadi daya tarikan baharu penggemar sukan air dalam DUN Kuala Linggi.

“Kita akan laksanakan pelbagai aktiviti menarik membabitkan sukan air selepas ini, seterusnya menjadikan pusat rekreasi tumpuan dalam DUN Kuala Linggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

81
Kongsi :
Previous post DURIAN TUNGGAL KAMPUNG TERPILIH PROGRAM MENTOR MENTEE
Next post JALAN BAHARU AYER LIMAU-JERAM, PEMANGKIN EKONOMI MASJID TANAH
Ubah saiz-+=