NO RIGHT TURN: ENAM LAGI LOKASI SEDANG DIKENAL PASTI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER LIMAU 7 Oktober – Satu kajian terperinci sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti beberapa laluan yang boleh dilaksanakan ‘No Right Turn’ mampu mengatasi isu kesesakan jalan raya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti sebanyak enam laluan di negeri ini untuk melaksanakan inisiatif berkenaan.

“Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka telah mengenal pasti enam laluan untuk melaksanakan ‘No Right Turn’ bagi memastikan kesesakan jalan raya pada waktu puncak dapat diatasi.

“Antaranya ia melibatkan jalan di jajaran Ayer Keroh, jalan menuju ke Masjid Al-Azim, jajaran di kawasan Cheng serta beberapa lagi yang sedang dikenal pasti.

“Insya-Allah penyelarasan untuk penutupan ini sedang dibuat dan ia kini dalam peringkat kajian sebelum dilaksanakan secara berperingkat pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Membina Jalan Baharu Dari Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram, Masjid Tanah Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Pengarah JKR Melaka, Ir. Mohamad Salzeli Moktar; Timbalan Setiausaha Bahagian Prasarana Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Azman Kasim serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1114
Kongsi :
Previous post JALAN BAHARU SOLOK AYER LIMAU-JERAM KINI DIBUKA
Next post JEJAMBAT PUSINGAN U BERTINGKAT ATASI KESESAKAN DI MELAKA
Ubah saiz-+=