SENTUHAN KONDUKTOR ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

KLEBANG 7 Oktober – Seramai 60 pemuzik memikul tugas berat bagi menjayakan dan mewarnai pementasan Teater Muzikal Puteri Hang Li Po yang berlangsung selama hampir 90 minit.

Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia, Mohd Yazid Zakaria berkata, dua pemuzik dari China turut sama dalam persembahan itu yang membabitkan 30 lagu.

Img 20241006 231151 105
KETUA Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Rauf memberikan tepukan kepada orkestra yang mengiringi pementasan Teater Muzikal Puteri Hang Li Po. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Katanya, alunan muzuk yang dimainkan adalah lagu baharu yang diolah berdasarkan skrip pementasan, selain mengambil beberapa lagu tradisional yang diciptakan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

“Proses penciptaan lagu mengambil masa lebih kurang dua minggu selepas menerima skrip pementasan dan beberapa gubahan serta latihan perlu dilaksanakan supaya pementasan ini berjalan lancar.

“Penyertaan dua pemuzik dari Beijing, China yang memainkan alat muzik erhu dan pipa ke dalam pementasan ini menggambarkan keutuhan bersempena sambutan hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara itu selama 50 tahun.

“Alhamdulillah pementasan yang berlangsung selama empat hari menerima sambutan hebat daripada penonton,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai orkestra pada pementasan diadakan di Encore Melaka, di sini semalam.

Img 20241006 232721 437
MOHD YAZID.

Hadir menyaksikan pementasan itu adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Abd Aziz; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Wira Roslan Abdul Rahman, serta tetamu lain.

Terdahulu, pementasan Teater Muzikal Puteri Hang Li Po yang merupakan sebuah karya asal Allahyarham Rahimidin Zahari terbitan Istana Budaya.

Seramai 265 pelakon dan kru penempatan berjaya mementaskan karya mereka di pentas berputar 360 darjah di bangunan itu sejak 3 Oktober lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

76
Kongsi :
Previous post MELAKA BILA LARUT MALAM: ZOO MELAKA LEPASI SASARAN
Next post JALAN BAHARU SOLOK AYER LIMAU-JERAM KINI DIBUKA
Ubah saiz-+=