MELAKA BILA LARUT MALAM: ZOO MELAKA LEPASI SASARAN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 7 Oktober – Zoo Melaka melepasi sasaran apabila merekodkan lebih 5,000 pengunjung memeriahkan Program Melaka Bila Larut Malam sehingga September lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata sejak dimulakan pada 1 Jun lalu pihaknya telah menerima seramai 5, 789 pengunjung.

Katanya, sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung dalam dan luar itu memberikan nilai tambah bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Img 20241006 113117 015
SUASANA pengunjung ketika melihat haiwan-haiwan nokturnal yang terdapat di Zoo Melaka

“Untuk Program Melaka Bila Larut Malam, sejak dari awal pelaksanaan hingga kini, MHTJ telah menerima sambutan amat menggalakkan.

“Program Melaka Larut kita pada awalnya kita mensasarkan untuk Jun hingga Disember adalah seramai 5,000 sahaja dan kita berjaya melepasi sasaran setakat Oktober sahaja ‘target’ kita sudah capai.

“Meskipun begitu, Zoo Melaka tetap akan melaksanakan pelbagai lagi inisiatif dan usaha untuk menggamit pelancong dalam tempoh berbaki tiga bulan lagi TMM2024,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, tinjauan Melaka Hari Ini di Zoo Melaka bersempena Program Melaka Bila Larut Malam mendapati sehingga jam 10.30 malam, masih ramai lagi pengunjung yang baharu membeli tiket masuk.

Dimaklumkan setakat jam 10 malam, lebih 200 orang telah berkunjung ke Zoo Melaka menikmati suasana Zoo Malam dengan melihat pelbagai haiwan nokturnal menaiki kenderaan yang disediakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

166
Kongsi :
Previous post TEATER MUZIKAL PUTERI HANG LI PO, PEMENTASAN DUA BUDAYA
Next post SENTUHAN KONDUKTOR ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA
Ubah saiz-+=