MOHON PERLUAS SET KOMBO RM10 KE RESTORAN, KEDAI MAKAN
BANDARAYA MELAKA 6 Oktober – Set Kombo Menu RM10 diperkenalkan bersempena sambutan Melaka Bila Larut Malam merupakan antara yang dinantikan, sekali gus mampu meningkatkan lagi subsektor pelancongan makanan di negeri ini.
Rata-rata pengunjung menyatakan hasrat sama supaya menu yang diperkenalkan itu diperluaskan ke seluruh restoran dan kedai makan di Melaka.
Bagi Norahimah Ab Rahim,42 berkata, inisiatif yang dilaksanakan sempena sambutan sebulan sekali itu membawa pelbagai pulangan khususnya kepada pelancong dan Negeri Melaka sendiri.
Ujarnya, selain membantu meningkatkan kemasukan pelancong perkara itu dapat membantu keluarga besar yang kurang kemampuan untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang ditawarkan dengan harga paling rendah.
“Menu yang diperkenalkan ini sangat sesuai buat pengunjung yang datang dan ia amat bagus jika diteruskan pada setiap tahun malah peniaga-peniaga di Melaka perlu menfaatkan usaha ini.
“Jika ada mereka yang kurang kemampuan dan mempunyai keluarga besar sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat memberikan mereka peluang untuk menikmati pelbagai juadah yang dijual dengan harga murah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Sementara itu, Effandi Lamwi,44 berkata, Kilang Makan wajar dijadikan contoh kepada operasi perniagaan kedai makan di negeri ini.
Katanya, hasrat itu sekali gus mampu mengangkat kualit pelancongan Melaka yang terkenal dengan subsektor pelancongan makanan.
“Kini sudah dua kali saya dan keluarga datang ke Kilang Makan ini dan mendapati semua perhidmatan dan kualiti makanan yang dijual begitu berbaloi.
“Dengan cara ini ia sekali gus dapat meramaikan dan memperkenalkan tarikan yang ditawarkan bersempena sambutan Melaka Bila Larut Malam,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.