Sorting by

×

AKSI SENI TEMPUR PUKAU PENGUNJUNG MENARA TAMING SARI

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 6 Oktober – Suasana di perkarangan Menara Taming Sari, di sini, malam tadi bertukar gamat sejurus persembahan penuh tenaga membabitkan seni mempertahankan diri daripada tiga kaum utama negara ini dimulakan.

Ia merupakan sebahagian daripada acara ‘pocket show’ yang ditampilkan pihak pengurusan menara ikonik Negeri Melaka itu sempena Melaka Bila Larut Malam Edisi Oktober.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Nasrul Ahmad, persembahan itu dibawakan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka bagi menambahkan lagi tarikan di tempat tumpuan pelancong itu.

Jelas beliau, persembahan itu menampilkan Persatuan Seni Silat Sikume Melaka, Persatuan Wushu Melaka dan Persatuan Silambam Melaka yang menampilkan persembahan padat dengan aksi selama hampir dua jam.

“Kita dapat lihat sambutan pengunjung amat menggalakkan apabila dipenuhi orang ramai sejak awal hingga akhir.

“Rata-rata mereka teruja untuk melihat setiap aksi dan persembahan yang ditampilkan bermula pada jam 9.15 hingga 11 malam.

“Malah, daripada ‘pocket show’ seperti ini, kita dapati, jumlah pengunjung yang mahu mendapatkan harga tiket RM10 sempena Melaka Bila Larut Malam turut meningkat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Nasrul, sempena Melaka Bila Larut Malam edisi berikutnya, Menara Taming Sari akan terus mencari kelainan baharu dalam menampilkan persembahan sampingan yang lebih menarik untuk pengunjung dan pelancong.

“Selain ‘pocket show’, persembahan ‘buskers’ dan gerai jualan juga akan terus merancakkan lagi suasana malam minggu di perkarangan Menara Taming Sari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

365
Kongsi :
Previous post IKAN BAKAR HANYA RM10 DI MELAKA
Next post MOHON PERLUAS SET KOMBO RM10 KE RESTORAN, KEDAI MAKAN
Ubah saiz-+=