Sorting by

×

IKAN BAKAR HANYA RM10 DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 Oktober – Menu ikan bakar pada harga serendah RM10 menjadi antara tarikan baharu program Melaka Bila Larut Malam Edisi Oktober 2024.

Menu ikan siakap bakar itu antara juadah istimewa ditawarkan di Kilang Makan yang terletak di Jalan Tun Ali, di sini, bagi menyahut saranan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Pengunjung, Abdul Nasri Nasola, 46 berkata, menu tersebut sangat berbaloi baginya dan keluarga yang sanggup datang dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas mengetahuinya menerusi hebahan di media sosial.

“Saya rasa memang berbaloi kerana negeri lain tiada tawaran harga seperti ini sebab dengan harga RM10 kami sekeluarga boleh menikmati seekor ikan siakap yang dimasak sempurna menggunakan kayu arang.

“Kebiasaannya jika makan di restoran lain harga sepinggan untuk hidangan ini mencecah RM30 hingga RM40 tapi inilah tarikan yang ada di sini dalam menarik lebih ramai pelancong bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Tempat makan ini wajar dijadikan contoh kepada restoran dan kedai makan lain di Melaka malah inisiatif Set Kombo Menu RM10 ini juga perlu diperluaskan,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Img 20241006 Wa0007
ABDUL NASRI

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, selain siakap bakar, terdapat 17 lagi menu lain turut menawarkan Set Kombo RM10 bersempena Melaka Bila Larut Malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3165
Kongsi :
Previous post ‘MARTIAL ARTS’ PUKAU PENGUNJUNG MENARA TAMING SARI
Next post AKSI SENI TEMPUR PUKAU PENGUNJUNG MENARA TAMING SARI
Ubah saiz-+=