ZOO MELAKA TAWAR DISKAUN RM5 HINGGA HUJUNG TAHUN

Masa Membaca:42 Saat

AYER KEROH 6 Oktober – Zoo Melaka menawarkan potongan harga tiket masuk sebanyak RM5 bermula Oktober hingga 31 Disember depan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata, tawaran itu antara keistimewaan yang diberikan pada bulan-bulan terakhir Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Bagaimanapun, katanya tawaran tersebut tidak terpakai untuk program Melaka Bila Larut Malam yang sudah memberikan tiket masuk pada harga RM10.

“Selain potongan harga RM5, diskaun sehingga 15 peratus juga diberikan untuk tiket yang dibeli oleh ejen pelancongan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambah Sapiah, lebih menarik lagi Zoo Melaka turut memberikan patung haiwan secara percuma, khusus buat pengunjung yang membeli tiket masuk pada harga melebihi RM200.

“Antara patung haiwan yang menanti pengunjung adalah seperti patung zirafah, harimau, monyet, kuda belang dan gajah,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

225
Kongsi :
Previous post ‘KONSERT PANTUN’ TAMBAH KEMERIAHAN MELAKA BILA LARUT MALAM
Next post ‘MARTIAL ARTS’ PUKAU PENGUNJUNG MENARA TAMING SARI
Ubah saiz-+=