‘KONSERT PANTUN’ TAMBAH KEMERIAHAN MELAKA BILA LARUT MALAM

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDA HILIR 6 Oktober – Melaka Bila Larut Malam Edisi Oktober, malam tadi, bertambah meriah apabila diwarnai dengan penganjuran Konsert Pujangga Pantun Serumpun.

Konsert yang berlangsung di Bangunan Stadthuys Banda Hilir itu menampilkan sebanyak lima segmen yang mengalunkan pantun di dalam lagu pelbagai genre.

Segmen pertama adalah Akustika Balada Pantun, diikuti segmen Muzikal Pantun Nusantara dan Pantun Dalam Majlis Perkahwinan.

Ia diikuti segmen keempat iaitu Lagu-Lagu Dalam Pantun (Moden) dan diakhiri dengan segmen Usik-Mengusik.

Konsert tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Wira Roslan Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco serta lain-lain kenamaan.

Img 20241006 010209 104
AB Rauf menyantuni pengunjung cilik yang memeriahkan Melaka Bila Larut Malam. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pada majlis itu, Ab Rauf turut mengambil peluang menyantuni pengunjung dan pelancong yang hadir memeriahkan program Melaka Bila Larut Malam di sekitar Bangunan Merah.

Beliau juga dijemput menyampaikan hadiah cabutan bertuah pada program Neon Walk anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan kerjasama The Lions Club yang diadakan sebagai tanda sokongan kepada kanak-kanak penghidap kanser.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

105
Kongsi :
Previous post BAJET 2025 : WUJUD GERAN KHAS UNTUK KOPERASI SURAU, MASJID
Next post ZOO MELAKA TAWAR DISKAUN RM5 HINGGA HUJUNG TAHUN
Ubah saiz-+=