TUKAR HELMET BAHARU DI ‘AYER LIMAU BERPOLOH’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER LIMAU 5 Oktober – Peserta Fun Run Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Alor Gajah ‘Poghut Ayer Limau Berpoloh’ berpeluang mendapatkan topi keledar secara percuma di Taman Sri Aman, di sini, 12 Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, sebanyak 100 topi keledar percuma akan diagihkan kepada peserta terawal dengan syarat perlu membawa topi keledar lama mereka.

Beliau berkata, penukaran topi keledar lama kepada yang baharu antara tarikan pada penganjuran itu selain menawarkan kira-kira 15 aktviti sukan dan riadah buat penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

“Program yang bakal diadakan di Taman Sri Aman ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Fun Walk Pertandingan Tarik Tali, Penalti Netball, Sukaneka, Street Soccer serta pelbagai lagi buat orang ramai yang ingin menyertainya.

“Menerusi acara ini peserta yang melibatkan diri boleh membawa topi keledar lama mereka untuk ditukarkan kepada yang baru dengan pendekatan ‘siapa cepat dia dapat’,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan lawatan ke projek menaik taraf lorong tambahan di persimpangan Solok Duku.

Hadir sama, Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Ir. Mohamad Salzeli Moktar.

Menurut Hameed, selain pelbagai aktiviti menarik, program tersebut turut menawarkan pelbagai hadiah menarik.

“Kepada yang berminat boleh mendaftarkan diri atau menghubungi Pejabat Japerun Ayer Limau untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

69
Kongsi :
Previous post WTD 2025 MELETAKKAN MELAKA TUMPUAN DUNIA
Next post ‘TAK PERLU LAGI AMBIL CUTI UNTUK URUSAN DI KAUNTER’
Ubah saiz-+=