Sorting by

×

BAJET 2025 : WUJUD GERAN KHAS UNTUK KOPERASI SURAU, MASJID

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER LIMAU 5 Oktober – Geran Khas perlu diwujudkan bagi membantu koperasi surau dan masjid meningkatkan pendapatan dalam aktiviti perniagaan.

Wakil koperasi surau Kamarudin Othman, 70, berkata geran berkenaan juga dilihat sebagai penghargaan atau pengiktirafan selain mendorong koperasi di negeri ini untuk terus maju.

“Kami berbesar hati sekiranya Kerajaan Negeri dapat memberikan satu sumbangan seperti mewujudkan geran khas untuk koperasi-koperasi surau dan masjid ini.

“Diharap perkara ini dapat dibentangkan dalam Bajet Negeri Melaka 2025 hujung tahun ini, adanya geran ini kami dapat memperluaskan lagi modal perniagaan koperasi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20241004 074648 522
KAMARUDIN.

Katanya untuk menguruskan sebuah koperasi surau atau masjid memerlukan modal yang sangat besar.

“Dana geran khas ini dapat perluaskan lagi fungsi utama koperasi, sekali gus merealisasikan hasrat Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang mahu semua surau dan masjid mempunyai koperasi sendiri,” katanya.

Img 20241004 074650 267
MUAZ.

Sementara itu, anak muda Muaz Muhamad, 29, berharap lebih banyak peluang pekerjaan diberikan kepada generasi muda di negeri ini.

“Selain peluang pekerjaan, perlu juga diwujudkan program kemahiran untuk anak-anak muda supaya mereka boleh praktikkan sewaktu bekerja nanti.

“Paling penting bajet kali ini fokus kepada kehidupan atau kesusahan yang perlu rakyat hadapi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

346
Kongsi :
Previous post MASJID AL-WAKIL LUBOK CHINA CONTOH INSTITUSI ISLAM MUAFAKAT
Next post ‘KONSERT PANTUN’ TAMBAH KEMERIAHAN MELAKA BILA LARUT MALAM
Ubah saiz-+=