POLIS, TNB GEMPUR PREMIS JUDI, POTONG ELEKTRIK

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 3 Oktober – Enam premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di daerah Melaka Tengah dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dalam operasi membabitkan Polis Diraja Malaysia (pdrm) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB), hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tindakan pemotongan itu dilakukan bagi mengekang kegiatan perjudian dalam talian daripada terus berleluasa.

“Kita mengenal pasti terdapat enam buah premis sekitar Melaka Tengah yang menjalankan aktiviti tanpa lesen yang disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian.

“Tindakan pemotongan bekalan elektrik ini dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan menerusi akta ini juga telah diputuskan bekalan elektrik tidak boleh disambung semula tanpa kebenaran bertulis Ketua Polis Daerah,” katanya.

Menurut Christopher, operasi akan terus dilaksana untuk memerangi kegiatan judi haram di sekitar daerah Melaka Tengah.

“Polis Melaka Tengah kita akan terus menggempur premis-premis yang disyaki dan terlibat dalam aktiviti perjudian.

“Selain itu, kita turut menasihatkan masyarakat khususnya agar tidak terjebak dengan aktiviti perjudian yang boleh menyumbang kepada peningkatan indeks jenayah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

312
Kongsi :
Previous post LTDL 2024 PUSINGAN KELIMA RANCAKKAN TMM2024
Next post PENCAPAIAN ATLET PARA SUKMA MELAKA MEMBANGGAKAN
Ubah saiz-+=