Sorting by

×

LEBIH 422,000 LAWAT MUZIUM DI MELAKA

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 3 Oktober – Muzium-muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) merekodkan seramai 422,380 pelawat setakat 1 Januari hingga 30 September tahun ini.

Jumlah itu, sekali gus menjadi antara kepada sektor pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

PERZIM dalam satu kenyataan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pelawat yang telah menjadi muzium-muzium di negeri ini sebagai destinasi melancong sambil menghayati warisan sejarah.

“Sokongan anda yang berterusan amat bermakna buat kami dalam usaha memelihara dan memperkaya warisan sejarah serta budaya Melaka yang kita cintai.

“Setiap kunjungan anda bukan sahaja menghidupkan kembali sejarah, malah menyumbang kepada pemeliharaan khazanah negeri yang tak ternilai ini.

“Terima kasih atas kepercayaan anda! Kami berharap anda terus menjadikan muzium-muzium PERZIM sebagai destinasi pilihan untuk mengenali sejarah, budaya dan warisan negara kita,” katanya.

Untuk rekod, antara muzium-muzium di bawah PERZIM adalah Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka; Muzium Samudera; Muzium Sejarah dan Etnografi; Muzium Kapal Selam; Hang Tuah Centre; Muzium Rakyat; Muzium Sastera; Muzium Pendidikan; Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan Muzium Islam Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

85
Kongsi :
Previous post ATLET MEMANAH MELAKA SUMBANG PINGAT TERIMA IMBUHAN
Next post POLIGAMI TANPA KEBENARAN MENINGKAT DI MELAKA
Ubah saiz-+=