Sorting by

×

300 TAN METRIK AYAM ‘TERBANG’ KE SABAH

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 2 Oktober – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan sebanyak 300 tan metrik ayam proses akan dihantar ke Sabah dalam tempoh setahun.

Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli berkata penghantaran ayam proses itu melibatkan anggaran pembelian bernilai RM3 juta.

Menurut beliau, penghantaran itu dilakukan selepas pindaan terhadap Akta 141 FAMA 1965 yang membolehkan FAMA mengurus pemasaran produk ternakan.

“Apa yang diusahakan FAMA ini akan memberi kemudahan atau alternatif kepada pengguna di Sabah yang selama ini pembekalan banyak bergantung kepada import dari luar negara.

“Jadi kerjasama antara FAMA dan pemain industri ini adalah permulaan lebih baik antara pengusaha-pengusaha atau penternak ayam di Semenanjung.

“Sudah tentu penghantaran ini bergantung kepada pemintaan atau keperluan ayam di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan ‘Flag Off’ Penghantaran Ayam Proses Ke Pasaran Sabah di Pejabat FAMA Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri dan Pengarah FAMA Melaka, Nor Azhar Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata bagi siri pertama penghantaran ini melibatkan sebanyak 12 tan metrik ayam proses dari Melaka bernilai RM110,000.

“Insya-Allah penghantaran pertama ini akan sampai dalam masa dua minggu di Sabah, kita harapkan apa yang diusahakan oleh FAMA ini akan memberi kemudahan atau alternatif kepada pengguna di sana,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

180
Kongsi :
Previous post TVS BERMINAT JALIN KERJASAMA DENGAN UNIT MEDIA KETUA MENTERI MELAKA, MHI
Next post BMS 2024: PELUANG IBU BAPA JADI ‘SUPERHERO’ ANAK-ANAK
Ubah saiz-+=