
TVS BERMINAT JALIN KERJASAMA DENGAN UNIT MEDIA KETUA MENTERI MELAKA, MHI
SERI NEGERI 2 Oktober – Sarawak Media Group menerusi TV Sarawak (TVS) berminat menjalinkan kerjasama dengan Unit Media Pejabat Ketua Menteri Melaka dan Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd.
Kerjasama itu merangkumi pertukaran berita dan jalinan promosi pelancongan membabitkan kedua-dua negeri, selain usahasama yang melibatkan pembinaan negara bangsa dan perpaduan rakyat.
Perkara itu antara yang dibincangkan pada pertemuan yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, hari ini.
Sarawak Media Group diketuai Timbalan Pengerusi Eksekutifnya merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TVS Kushairi Abang.
Manakala Pejabat Ketua Menteri diwakili Ketua Komunikasi dan Media Ketua Menteri Melaka Dato’ Dr. Zuraidi Ishak dan turut dihadiri Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka Ezlyn Fardiha Zainal dan Ketua Pegawai Eksekutif MHI Sdn Bhd Nasharuddin Muhammad.
Satu perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperincikan kerjasama tersebut termasuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...