BAS.MY PENGANGKUTAN AWAM UTAMA MELAKA

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 2 Oktober – Bas berwarna merah jambu yang dahulunya dikenali sebagai Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) kini dijenamakan semula kepada Bas.my.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, selepas dijenamakan, Bas.my bakal menjadi antara pengangkutan awam utama untuk Negeri Melaka.

Justeru, beliau berharap perkhidmatan bas berkenaan dapat memberi impak kepada masyarakat, khususnya dalam memberi maklumat jelas dalam aspek laluan dan jadual perjalanan.

“Saya berharap jika ada maklumat yang masih tidak jelas, tolong uar-uarkan kepada masyarakat dan rakyat Negeri Melaka terutamanya membabitkan lokasi bas menunggu, tempat berhenti dan lain-lain.

“Saya juga memohon jasa baik dan kerjasama pihak operator Bas.my bagi Negeri Melaka untuk memberi perkhidmatan lebih baik daripada sebelum ini untuk rakyat Melaka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perasmian dan Pelancaran Bas.My bagi Negeri Melaka yang turut dihadiri Timbalan Exconya, Datuk Zahari Abd Kalil.

Dalam pada itu, Hameed turut mengingatkan kepada operator dan pemandu Bas.my agar mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya agar kemalangan seperti yang berlaku di Krubong sebelum ini tidak berulang lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

159
Kongsi :
Previous post MELAKA HAMPIRI SASARAN KUTIPAN ZAKAT 2024
Next post TINDAKAN SEGERA BAIKI LUBANG BENAM – JKR MELAKA
Ubah saiz-+=