MUDAHKAN RAKYAT, TINGKATKAN KECEKAPAN AGENSI, JABATAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 1 Oktober – Operasi kaunter perkhidmatan yang diteruskan pada waktu rehat berkuatkuasa hari ini menunjukkan kecekapan agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dalam memberi perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, inisiatif yang dibawa Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bukan sahaja bertujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tetapi pada masa yang sama meningkatkan kecekapan jabatan dan agensi kerajaan.

“Apabila kaunter perkhidmatan ini dibuka pada waktu rehat ia akan melancarkan urusan orang ramai tanpa perlu risau akan kesuntukan masa.

“Ini secara tidak langsung dapat mencerminkan betapa komited dan efisiennya setiap agensi serta jabatan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan untuk meninjau kelancaran operasi di kaunter perkhidmatan pada waktu rehat di Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), hari ini.

Menurut Hee Sem, dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan oleh jabatan dan agensi.

“Beberapa kaunter lain seperti farmasi dan hospital yang memang beroperasi pada waktu rehat sejak dulu lagi. Bagi melancarkan lagi cara kerja ini dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat mungkin jumlah kaunter di jabatan atau agensi berkenaan perlu ditambah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

38
Kongsi :
Previous post KAUNTER ‘OSC’ MPHTJ KINI DIBUKA PADA WAKTU REHAT
Next post GAJI RENDAH ANTARA PUNCA SIMPANAN KWSP TIDAK MENCUKUPI – PENGERUSI
Ubah saiz-+=