Sorting by

×

KAUNTER ‘OSC’ MPHTJ KINI DIBUKA PADA WAKTU REHAT

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 1 Oktober – Kaunter khas atau ‘One Stop Centre’ (OSC) disediakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) khusus untuk melancarkan lagi urusan pemain industri pembinaan di Melaka dibuka sepanjang hari termasuk pada waktu rehat bermula hari ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, pihak pemaju, kontraktor dan konsultan industri pembinaan antara yang diberikan perhatian oleh pihaknya dalam memberikan perkhidmatan terbaik selaras saranan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh agar semua kaunter jabatan serta agensi kerajaan dibuka pada waktu rehat tengah hari.

“Sebelum ini kaunter berkenaan ditutup pada waktu rehat, tapi sekarang operasi diteruskan sampai ke petang, tidak ada lagi kekangan masa untuk perbaharui lesen, bayar cukai, bayar kompaun atau menghantar pelan reka bentuk.

“Tetapi bagi kaunter bayaran dan perbaharui lesen semua dibuka tidak pernah tutup, cuma kali ini kita mantapkan lagi mutu perkhidmatan dengan menambah kaunter OSC pula,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Sapiah rata-rata masyarakat sangat berpuas hati sewaktu mendapatkan perkhidmatan di kaunter disediakan MPHTJ hari ini.

“Maklum balas daripada pengguna sangat baik sebab kita memang sudah buat sebelum ini dan tiada masalah dalam melaksanakannya.

“Sekarang ini kita mahu lihat pula sambutan di kaunter OSC sebab bila kita sudah buka pada waktu rehat mungkin akan ada maklum balas yang positif,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

123
Kongsi :
Previous post KAUNTER ZAKAT MELAKA TAK PERNAH TUTUP
Next post MUDAHKAN RAKYAT, TINGKATKAN KECEKAPAN AGENSI, JABATAN
Ubah saiz-+=