Sorting by

×

MALAM BERDARAH

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 1 Oktober – Penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang terbabas dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh-Gapam, di sini, jam 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa Tan Tian Hau, 48, mengalami cedera parah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Katanya, terdahulu sebelum kejadian mangsa menunggang motosikal Honda Dash dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke Ayer Keroh.

“Setakat ini hasil siasatan dijalankan mendapati kemalangan hanya membabitkan motosikal ditunggang mangsa, tidak terkait mana-mana kenderaan lain.

“Ketika tiba di lokasi kemalangan mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan motosikal ditunggang terbabas lalu merempuh ‘feeder pillar’ kepunyaan sebuah syarikat utiliti di bahu jalan,” katanya.

Christopher berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar menyebabkan kematian.

“Sementar aitu motosikal mangsa akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut dan membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

247
Kongsi :
Previous post INTAI PELUANG PELABURAN DI PERANCIS, SEPANYOL
Next post ANGGOTA POLIS PERAS UGUT PEKEBUN DITAHAN
Ubah saiz-+=