Sorting by

×

RUMAH TRANSIT DUN DUYONG SUDAH SIAP

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DUYONG 1 Oktober – Rumah Transit Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dibina berhampiran Japerun Duyong siap sepenuhnya pada 28 September lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata kemudahan itu disediakan untuk menempatkan penduduk di DUN berkenaan yang ditimpa bencana atau mengalami kesukaran.

Whatsapp Image 2024 09 30 At 11.37.56 Am (1)
MOHD Noor Helmy ketika melawat rumah transit.

“Kemudahan ini dilengkapi tiga bilik dan keperluan lain juga disediakan, mereka yang berkenaan diberi tempoh menginap di rumah transit ini selama sebulan sahaja.

“Lembaga Perumahan Melaka (LPM) juga menyediakan perabot, katil, dapur gas, sofa dan lain-lain untuk keselesaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Tuah di Taman Semabok Jaya di sini, baru-baru ini.

Untuk rekod rumah transit yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui LPM merupakan rumah penginapan sementara kepada pemohon yang ditimpa musibah seperti bencana kebakaran, ribut dan lain-lain kecemasan.

Bagi meluaskan lagi manfaat program ini, Kerajaan Negeri melalui LPM memperkenalkan inisiatif 1 DUN 1 Rumah Transit yang dimulakan di DUN Tanjung Bidara bagi memastikan lebih ramai golongan memerlukan mendapat manfaat perlindungan dan tempat berteduh.

Whatsapp Image 2024 09 30 At 11.37.57 Am

ANTARA kemudahan yang disediakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3210
Kongsi :
Previous post SAMUN EMPAT SEKELUARGA, ENAM LELAKI, SEORANG WANITA DICEKUP
Next post JUMLAH MANGSA DI KEDAH BERTAMBAH, PERAK DILANDA BANJIR SEMULA
Ubah saiz-+=