RANGKA HUBUNGAN STRATEGIK MELAKA-UZBEKISTAN

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 30 September – Negara Asia Tengah, Uzbekistan dianggap sebagai rakan strategik dalam mencapai visi Kerajaan Negeri untuk memajukan lagi sektor pelancongan dan ekonomi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, hasrat Kerajaan Melaka itu dinyatakan kepada Menteri Pelancongan dan Warisan Budaya Republik Uzbekistan, Aziz Abdulhakimov dalam pertemuan di Tbilisi, Georgia.

Ab Rauf berkata, perjumpaan itu merupakan satu langkah strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dan Uzbekistan.

“Melaka turut dilibatkan dalam pertemuan ini memandangkan Negeri Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi penganjuran World Tourism Day (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025 yang dijadualkan pada 27 September tahun depan.

“Turut disentuh pada pertemuan ini ialah peluang pelaburan dan inisiatif yang boleh dinikmati oleh pelabur Uzbekistan di Melaka, selain pertukaran kebudayaan serta produk kraf antara kedua-dua pihak.

“Saya percaya, dengan inisiatif strategik boleh dikembangkan ini dapat memperkukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua kerajaan, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di antara Uzbekistan dan Malaysia, serta Melaka amnya,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Terdahulu Ab Rauf dan delegasi Kerajaan Negeri Melaka, menyertai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam Perjumpaan bersama Aziz Abdulhakimov.

Delegasi Kerajaan Negeri Melaka  turut disertai Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira, Abdul Razak Abdul Rahman serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

56
Kongsi :
Previous post TIADA LAGI KERAGUAN MAKAN KUPANG, KERANG
Next post PANTAI PUTERI LEBIH BERSIH, INDAH
Ubah saiz-+=