Sorting by

×

SURI RUMAH, GURU PALING RAMAI KENA ‘SCAM’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

DUYONG 29 September – Suri rumah dan guru direkodkan paling ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian di Melaka, kata Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Mohd Noor Helmy berkata, dua golongan berkenaan sering kali terpedaya dengan tawaran yang diberikan oleh sindiket ‘scammer’.

“Kumpulan ‘scammer’ tidak memilih mangsa, rata-rata mangsa dalam isu ini mereka yang tidak melakukan kesalahan besar atau golongan yang dikategorikan baik.

“Peluang kena tipu oleh ‘scammer’ ini sentiasa ada depan mata, justeru saya nasihatkan kepada orang ramai sentiasa berhati-hati.

“Jika ada nombor telefon tidak dikenali hubungi kita jangan sesekali angkat, terutama golongan ibu seperti warga emas yang memiliki telefon pintar paling mudah tertipu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Tuah di Taman Semabok Jaya di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) Melaka Tengah, Mohd Shukri Ali.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong ini berkata pihaknya acap kali kali menerima aduan berkenaan jenayah itu yang melibatkan penduduk di DUN Duyong.

“Sebagai wakil rakyat DUN Duyong saya sendiri kerap kali menerima aduan daripada penduduk di kawasan ini tertipu hingga mengalami kerugian wang ringgit yang banyak.

“Nasihat saya sentiasa berhati-hati kerana di Melaka sahaja merekodkan nilai kerugian lebih RM50 juta akibat penipuan dalam talian ini bermula Januari sehingga awal September lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

248
Kongsi :
Previous post PROMOSI KUPANG DAN KERANG SELAMAT DIMAKAN
Next post BUAT AKSI DRIFT DI LEBUH RAYA, PEMPENGARUH TIKTOK DIREMAN DUA HARI
Ubah saiz-+=