PROMOSI KUPANG DAN KERANG SELAMAT DIMAKAN

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

MERLIMAU, 29 September – Promosi dan hebahan berkenaan kupang serta kerang keluaran Negeri Melaka adalah selamat dimakan, akan diperluaskan di setiap daerah negeri ini.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ia adalah sebahagian usaha kerajaan Negeri menerusi Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Melaka dalam memberi keyakinan kepada masyarakat tempatan bahawa produk akuakultur keluaran tempatan adalah selamat dimakan.

“Untuk pelaksanaan program kali ini, pihak Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Melaka telah melaksanakan uji rasa percuma juadah kerang dan kupang untuk kira-kira 2,000 pengunjung Pasar Tani Merlimau.

“Program ini akan diperluaskan di setiap daerah bagi mempromosikan produk akuakultur keluaran Melaka kepada masyarakat tempatan, pelancong dalam serta luar negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Program Rasa-Rasa Akuakultur, Promosi Makan Kupang dan Kerang di Pasar Tani Merlimau, pagi tadi.

Hadir sama, Hadir sama Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Saufi Affandi Talib.

Jelasnya, sejak pewartaan larangan memakan kerang-kerangan atau dwicengkerang di perairan Melaka telah ditarik balik, permintaan pasaran kupang dan kerang Melaka mendapat permintaan pasaran yang tinggi memandangkan produk tersebut adalah antara yang terbaik di negara ini.

“Alhamdulillah, sebenarnya bila ada isu pencemaran , kita terpaksa menutup dan semua produk datangnya daripada luar, tetapi bila kita sudah kemaskini maklumat, peniaga-peniaga kupang serta kerang di negeri ini kembali berniaga.

“Permintaan pasaran adalah tinggi, tidak pernah putus, dan produk kupang dan kerang di Melaka adalah antara yang terbaik,” katanya

Terdahulu, pada 10 Ogos lalu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengeluarkan satu kenyataan mengumumkan bahawa larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan di perairan Negeri Sembilan dan Melaka telah ditarik balik berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

36
Kongsi :
Previous post LANTIK GURU PAKK BANTU MURID BELAJAR
Next post SURI RUMAH, GURU PALING RAMAI KENA ‘SCAM’
Ubah saiz-+=