LANTIK GURU PAKK BANTU MURID BELAJAR

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

DUYONG 29 September – Cadangan bagi melantik guru di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Tuah mampu memberi nilai tambah terhadap kecemerlangan akademik anak-anak.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata usaha itu bagi membantu ibu bapa meningkatkan lagi tahap kecemerlangan anak-anak mereka.

Mohd Noor Helmy berkata, inisiatif itu juga bertujuan menyokong dan membantu ibu bapa berdepan kekangan kewangan menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen.

“Sebelum ini di Japerun Duyong kita ada anjurkan kelas khas untuk anak yang tidak boleh membaca dan menulis, memang bermanfaat tetapi tidak boleh menyeluruh sebab satu kelas ada lebih 15 orang sahaja.

“Saya dimaklumkan yang belajar di PAKK ini ada dalam 25 orang, jadi kenapa tidak kita hantarkan guru untuk bantu mereka buat kerja sekolah di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Kanak-kanak Tuah di Taman Semabok Jaya di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) Melaka Tengah, Mohd Shukri Ali.

Img 20240929 140944 225
MOHD Noor Helmy menandatangani plak perasmian PAKK

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong berkata, murid-murid boleh belajar di PAKK selepas pulang dari sekolah atau sebelum masuk sekolah agama pada sebelah petang.

“Jadi bila balik sekolah antara jam 1 tengah hari dan sebelum ke sekolah agama, mereka boleh datang PAKK untuk siapkan kerja sekolah.

“Kadang-kadang anak ini minta ibu bapa bantu mereka di rumah tapi kita sendiri pun tidak dapat bantu sebab pembelajaran mereka berbeza.

“Kita tak mahu perkara ini menganggu proses pembelajaran anak-anak, jadi kita wujudkan satu suasana anak-anak ini belajar dengan kawan di PAKK,” katanya.

Katanya bagaimanapun pihak Japerun akan mencari guru yang layak untuk mengajar di PAKK tersebut.

“Lantikan guru pihak Japerun Duyong akan cari dan kosnya kita akan tanggung, kita sudah lama rancang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diharap ia akan membuahkan hasil,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

33
Kongsi :
Previous post ZZ CONCEPT STORE JASIN BISTARI TAWAR DISKAUN 40 PERATUS
Next post PROMOSI KUPANG DAN KERANG SELAMAT DIMAKAN
Ubah saiz-+=