Sorting by

×

PERLUAS INFRASTRUKTUR EV, TINGKAT KAPASITI TBB

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDARAYA MELAKA 29 September – Menuju negeri hijau, Melaka sedang dalam usaha memperluaskan dan memperbanyakkan lagi infrastruktur pengecas Industri Kenderaan Elektrik (EV) di semua daerah.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata ia bagi menyokong permintaan kenderaan elektrik EV yang semakin meningkat.

Katanya, setakat ini sebanyak 41 lokasi pengecas EV merangkumi 126 petak pengecas telah dibangunkan di Melaka.

“Industri  EV yang mula menarik perhatian dan meraih populariti di peringkat global pada masa kini dijangka akan terus berkembang pada tahun-tahun yang akan datang.

“Kerajaan Negeri juga sedang dalam usaha memperbanyakkan infrastruktur pengecas EV di Melaka bagi menyokong pengguna EV yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Hijau Melaka 2024 yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh dan kenamaan lain.

Dalam pada itu, Rais turut memaklumkan Kerajaan Negeri menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dengan meningkatkan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB)menjelang tahun 2050.

Jelansnya, selaras dengan matlamat tersebut, Kerajaan Negeri juga sedang dalam usaha meningkatkan kapasiti TBB di Melaka dengan memperkenalkan Skim Solar Perumahan Melaka (SolarMEL).

“Sehingga kini, kapasiti TBB di Melaka berjumlah 175 MegaWatt. Dengan peningkatan penggunaan TBB, ia dapat membantum engurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI menuju negara pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

170
Kongsi :
Previous post ‘R.E.A.C.T’ BANTU CEGAH KANSER ANAK-ANAK
Next post PINDAAN AKTA 317 LINDUNGI SUMBER PERIKANAN NEGARA
Ubah saiz-+=