SEMUA KAUNTER JPN MELAKA BUKA PADA WAKTU REHAT BERMULA 1 OKTOBER

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 28 September – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyambut baik saranan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mahu semua kaunter perkhidmatan kerajaan di negeri ini dibuka pada waktu rehat.

Pengarah JPN Negeri Melaka, Norazle Sulaiman berkata, pihaknya menyahut ketetapan itu dan akan membuka semua kaunter terlibat bagi memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

Jelasnya, sebanyak empat kaunter terlibat adalah di JPN Ayer Keroh; JPN Daerah Alor Gajah; JPN Daerah Jasin dan
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Bandaraya Melaka.

“Sebelum ini untuk waktu rehat, kita hanya buka kaunter di UTC sahaja manakala di tiga kaunter JPN lain ditutup. Menyahut seruan Ketua Menteri, bermula 1 Oktober ini kita akan buka sepenuhnya seperti biasa pada waktu rehat.

“Kami akan melaksanakan sistem penggiliran kakitangan bagi memudahkan urusan pelanggan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambah Norazle, JPN UTC Bandaraya Melaka dibuka setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 7 petang, sementara itu pada Sabtu kaunter dibuka jam 9 pagi hingga 5 petang.

Katanya, kaunter di JPN Ayer Keroh; JPN Daerah Jasin dan JPN Daerah Alor Gajah pula dibuka setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kita harap dengan pembukaan semua kaunter JPN Melaka di empat lokasi pada waktu rehat dapat memudahkan urusan masyarakat yang melibatkan JPN seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

143
Kongsi :
Previous post KRT, KOMUNITI ‘DUTA’ PROMOSI TALIAN 997
Next post KAMI PENJAGA PUSARA
Ubah saiz-+=