Sorting by

×

MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH WTD2025

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 27 September – Penyertaan Melaka pada sambutan World Tourism Day (WTD) 2024 di Tbilisi, Georgia amat berguna bagi Kerajaan Negeri yang akan mewakili Malaysia sebagai tuan rumah bagi penganjuran WTD 2025 dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025.

Mengulas mengenai perkara itu Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, WTD 2024  juga akan digunakan untuk meneroka perkara baharu termasuk aspek pertukaran budaya dengan negara berkenaan.

Terdahulu, ketibaan Ketua Menteri bersama delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Tbilisi, disambut oleh Timbalan Menteri Ekonomi dan Pembangunan Mampan Georgia, Vakhtang Tsintsadze.

“Selain perjumpaan turut berlangsung sesi perbincangan dua hala yang menjurus kepada pertukaran budaya antara Georgia dan Malaysia.

“Kita turut serta dalam delegasi Malaysia bagi sambutan WTD 2024 di Tbilisi ini memandangkan Negeri Melaka telah dipilih sebagai tuan rumah bagi WTD 2025 dan WTC 2025,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Perbincangan itu turut disertai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Ketibaan 2025 amat dinanti-nantikan oleh rakyat Melaka kerana negeri ini akan menjadi tumpuan dunia apabila dipilih sebagai tuan rumah WTD 2025 yang disambut pada 27 September setiap tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1642
Kongsi :
Previous post 17 GRADUAN TVET TAHFIZ DITERIMA BEKERJA, 622 SEDANG DILATIH
Next post MELAKA PILIHAN UTAMA PELABUR CHINA
Ubah saiz-+=