Sorting by

×

‘RUMAH IKAN’ BANTU NELAYAN MELAKA

Masa Membaca:59 Saat

TELOK MAS 27 September – Unjam atau ‘rumah kedua’ ikan akan dilabuhkan di luar kawasan Taman Laut Melaka pada November ini bagi membantu nelayan mendapatkan hasil tangkapan ikan.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah meluluskan peruntukan sejumlah RM300,000 bagi melaksanakan usaha itu.

“Kita tidak lepas tangan membantu nelayan yang tidak dapat mencari hasil di kawasan taman laut, insya-Allah pada bulan 11 nanti kita akan buat unjam di sekitar luar taman laut.

“Maksudnya nelayan-nelayan kita boleh datang memancing di luar taman laut kerana ikan dalam taman laut akan datang banyak di kawasan unjam ini.

“Kita nak memperbanyakkan lagi ikan dalam kawasan ini, jadi nelayan tidak perlu masuk kawasan taman laut yang sudah diwartakan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Melabuh Tukun Tiruan (Konservasi) di Perairan Pulau Dodol, Taman Laut Melaka di sini, semalam, yang turut dihadiri Pengarah Perikanan Melaka, Saufi Affandi Talib.

Mengulas lanjut, Dr. Muhamad Akmal berkata, selain menjaga habitat laut seperti ikan dan terumbu karang, kebajikan golongan nelayan juga amat ditiktik beratkan Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

557
Kongsi :
Previous post HOTEL MITC TAWAR POLISI PENGINAPAN 24 JAM
Next post PERPUSTAM PERGIAT KEMPEN GALAKAN MEMBACA
Ubah saiz-+=