MELAKA RAIH EMAS PERTAMA PARA SUKMA 2024

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 24 September – Melaka meraih emas pertama pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 menerusi Ong Jian Xuan dalam acara renang wanita bebas 100 meter.

Lebih manis, Jian Xuan turut menghadiahkan pingat Perak untuk Negeri Melaka menerusi acara kuak lentang wanita S8-S10, hari ini.

Ia menjadikan emas pertama diraih atlet paralimpik Melaka pada temasya yang berlangsung 22 hingga 28 September itu.

Selain itu, kontinjen Melaka turut cemerlang menambah beberapa lagi pingat perak dan gangsa pada acara yang berlangsung hari ini.

Di arena olahraga, pempengaruh media sosial, Muhammad Hafiq Hizwan Norizan atau lebih dikenali sebagai Balau berjaya menghadiahkan pingat perak menerusi acara 100 meter lelaki T46.

Selain itu, satu lagi perak berjaya diraih dalam acara renang 100 meter kuak lentang lelaki menerusi Mohd Azmeen Kamarulzaman, manakala dua gangsa berjaya diraih Ho Pei Yun dalama cara renang 100 meter kuak lentang wanita dan 100 meter bebas wanita.

Turut dimaklumkan, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam turut berada di Sarawak untuk memberikan semangat kepada atlet Melaka dalam misi meraih pingat di negeri Bumi Kenyalang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

428
Kongsi :
Previous post BEKAS PEGAWAI KANAN POS MALAYSIA DIDENDA RM170,000 TERIMA RASUAH
Next post PERKHIDMATAN KAUNTER PBT MELAKA AKAN DIPERHEBAT
Ubah saiz-+=